Amazing Google+ Followers

Sunday, 24 February 2013

Welcome MRSM Tumpat To My Life : His-Teriak ! ! !

                   Bismillahirrahmannirrahim...

                   Assalamualaikum semua... Kali ini episode Welcome MRSM Tumpat To My Life, aku nak bercerita sikit pasal kejadian yang tidak diundang iaitu His - Teriak. Histerialah maksud aku. Hehehehe ! ! His-Teriak itu aku tujukan ke diri aku sebenarnya. Huhuhu ! Stop ! Bukan aku yang kena histeria but.... well,  baca blog aku dulu...

                 Kejadian His-Teriak berlaku kat maktab kitaorang lebih kurang 1 minggu or 1 minggu lebih.. Lebih kurang lah. Waktu itu, nak dekat exam final, so memang tension giler la. Tak dapat nak study, tak dapat nak stay-up, rasa takut menyelembungi diri 24 hours.. Kepada pembaca-pembaca sekalian, janganlah takut nak datang maktab aku, benda tu dah  2 tahun lepas berlaku, diorang pun ( makhluk-makhluk halus ) dah berpindah .. Nothing to be scared la.. Hehehe ! Bajet aku berani sangat..

                 Nak cerita sebenarnya, time budak-budak kena histeria buat pertama kalinya, hati aku memang berdebar, sikit saja la.. Ye lah, tak pernah tengok orang kena histeria secara LIVE . Mangsa-mangsanya budak perempuan, laki tak de rasa tak silap akulah... Semua budak laki pakat nak tengok budak kena histeria, masuk ASPURI siap.. Well, waktu kejadian, aku dengan geng-geng PUM tengah menjual makanan kat kiosk kitaorang. Malam itu, kitaorang  tak sedar pun, ada histeria ke berlaku ? No wonder lah  pelanggan tak ramai.. So, kitaorang kemaskan lah kiosk kitaorang dengan hati yang sedih sebab pelanggan sikit. Then,  bila masuk asrama barulah aku tahu ada histeria berlaku... JENG, JENG, JENG ! Terkelu lidah aku...

                Rasa debar dalam hati ku ini, sekejap saja lah.. Cewwah ! Ala.. bukan aku takut pun, aku tak cakap besar ek...Nak kata aku ini debe ( * berani ) tak juga, nak kata aku ada saka, tak juga.. Tapi memang aku tak takut. Kuhkuhkuhkuhkuh ! ! Aku dengan sorang best friendku Basri lah yang.... Nak kata macam mana ek? Yang tak takut la.... Hahaha ! Sebab time orang kena histeria kitaoranglah yang melalak 24 jam, sebab tu aku kata HIS- TERIAK ! Suara kitaoranglah yang bergema di segenap penjuru asrama. Honestly, ek.. Sorang member baik kitaorang juga, teman melalak 24 hours, Fikri, dah tak jadi galak.. Senyap saja, rasa dia debar kot.. Semua budak-budak yang galak, jadi pendiam.. Buat seketikalah.. Pastu, terus lupa diri. Hihihi ! Takpe, aku faham. Bukan semua manusia berani and kuat hatinya. Ala, macam aku, akukan debe !.. Hahahaha ! Dan, tidak lupa juga, perkara yang aku memang tak boleh lupa sampai sekarang, aku disenarai hitamkan PESERTA YANG BAKAL KENA HIS-TERIAK  BAGI CALON LELAKI ! What ! ! Hahahahaha ! ! Budak-budak nilah yang punya kerja, almaklumlah waktu kejadian histeria, ramailah yang jadi pawang lah, tok bomoh lah, and what so ever lah, yang tampil memberi khidmat ! I was just like.... " Huh ? ! Is that so ? "  Maybe, ada kot di antara diorang tahu selok belok ilmu perubatan Islam.. Wallahuaklam...

Comel tak ? !



Ni pawang juga tapi version moden.



                    Tapi yang aku hairan, kenapalah siap buat senarai bagai, awak semua itu psikik ke ? Allahhu Akbar.... Semua perkara ini kita tak tahu, Allah yang lebih arif ... Rutin setiap malam kitaorang, lepas pukul 11.30 malam saja, kitaorang semua baca Surah Al-Mulk.. Minta dijauhkan gangguan.. Alhamdulillah semua, member-member aku takde yang kena.. Tapi lepas baca surah Al-Mulk, aku and Basri sambung balik melalak kitaorang... Budak-budak laki bilik lain siap suruh kitaorang diam, nanti kena kacau ! Hehehe ! Kitaorang berdua memang nakal tapi nakal kitaorang LOW PROFILE.. Orang licik katakan.. By the way, tak pe, aku faham diorang tengah risau.. Kitaorang pun diam saja lah.. Tiap-tiap malam kitaorang begitu.. Ada sampai yang kata,  " Sapolah yang galak sangat tuh ? Keno histeria ko ? " Hahahaha !

                  Ada satu malam itu, sorang kawan aku, tiba-tiba datang bilik aku,  kejut aku yang sedang enak beradu, dalam pukul 2 pagi, suruh aku baca Yasin banyak-banyak... Reason dia, malam ini GILIRAN AKU KENA HISTERIA, SEBAB BENDA TU KACAU IKUT BY CLASS ( almaklumlah, aku tercalon sebagai Peserta Bakal His-Teriak Bagi Tahun 2011 ).. Waktu itu, aku tengah mamai-mamai.. Huh ? huh ? huh ? Betul ke ? Tak percayalah...  Pukk ! ! Sambung tidur balik.. Hahahaha ! Ikut by class ? Macam ambil no. gilirin kat bank pula  ... Lawok sangat ! Walauapapun, Alhamdulillah, takde benda yang ganggu aku cuma.......... Semua itu KARUT ! Aku percaya perkara-perkara ghaib ini, ( perkara Sami'yat ), tapi jangan keterlaluan.. Please lah.....

Rutin harian students MRSM Tumpat. Baca Yassin..

                  Ada satu perkara lagi, ada rumour yang mengatakan blok D aras 2 ASPURA, tempat benda-benda tu menyorokkan diri.. Huh ? ! Aku no comment.. Wallahuaklam... Ada yang cakap, dengar bunyi ketuk-ketuk lantai kat Blok D Aras 2. Bunyi macam itu saja ke... Buat pengetahuan korang semua, Blok D Aras 2, tiada penghuni.. Almaklumlah, kitaorang first batch kan.. Yang ada cuma tahun itu, Form 1, 2, and 4 saja.. So, Aras 2 Blok B, C and D , takde penghuni... Senang cerita, semua budak-budak laki yang duduk kat Blok D Aras Ground floor and Aras 1, pakat tidur bilik budak lain, asalkan bukan Blok D sebab takut... Hahaha ! Dan, buat pertama kalinya , aku memberanikan diri  aku pergi ke Blok D Aras 2 sorang-sorang... Nak pastikan , betul ke tak perkara itu ? JENG.. JENG.. JENG !


               Ceritanya begini... aku ini jenis bangun dari tidur awal, pukul 4 pagi dah bangun. Tidur awal bangun pun kena awal juga , budak cemerlang katakan.. Huhuhu !.. Nak kata, aku ni melalak 24 jam tu, hiperbola saja.. Takde lah begitu.. Dalam pukul 12 am, aku dah tidur. So, lepas aku bangun tidur, mandi-mandi and siapkan semua benda, tiba-tiba hati aku tertarik nak pergi Blok D Aras 2.. Hurm...... Time itu, hujan tengah lebat, angin tiup kencang...Aku pun mulakan pengembaraan aku ke ruang dimensi dunia lain berbekalkan buku Chemistry... Cewwah ! ! ! Bila aku melangkah saja blok tu, aku dapat merasakan satu aura yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata ( tipu saja aura tu ).... Tengah berjalan-jalan dalam blok tu, tiba-tiba kedua-dua pintu depan and belakang blok tu tertutup ! Alamak, aku terperangkap ! Sebenarnya, angin tiup saja itu... Kalau siapa yang belajar Physics, tahu lah kot... Hehehe !


Pintu tertutup, depan and belakang.


     Aku pun berjalan-jalan sambil mulut berkumat-kamit membaca ayat Kursi.. ( debar sebenarnya ). Then, aku pun berkata-kata.....



Tiba-tiba, aku terdengar bunyi locker kasut, ber-DEGUNG ! ! " GUNG ! " Aku pun....



              GO ! GO ! POWER IQBAL.. Bertukar !




          BERMULALAH ...

Entah betul ke tak, aku kecek kelate ...



     
         Pastu, kitaorang pun beradu tenaga dengan super power masing-masing... Ceh ! Takde la...Senang cerita, aku pun terus berjalan catwalk ala-ala Tyra Banks sarat mengandung dengan penuh confident, graceful and ellegant ! Cewwah ! ! Sampai kat pintu keluar, aku pun buka pintu itu, then...... dengan perlahan-lahan.... aku  pun men-Cecet lari turun ke bawah dengan lajunya menuju ke bilik tanpa menoleh ke belakang.... Hahahahahaha ! !


Sempat lagi tangkap gambar seorang diri.. Entah siapa tangkap gambar aku. Ada somebody hantar kat bilik aku Hahahaha ! !


               Korang rasa, apa yang difikirkan makhluk-makhluk halus itu.. Hahaha !  Walaupun, aku tak jumpa diaorang, tapi aku tahu apa diorang cakap...



           
                Kejadian aku bertukar jadi Lady Gege itu, rekaan saja. Hiperbola sikit.. Hehehe ! Tapi perkara yang berlaku itu betul, berani tak aku ?  Hehehe ! ..... So, aku rasa setakat sini  sajalah episode cerita aku. His-Teriak dah tak berlaku lagi dah  lepas itu, alhamdulillah... Nantikan episode Welcome MRSM Tumpat To My Life seterusnya and entry aku yang lain ek , Insya Allah.... Macam drama bersiri pula rasa. Hahaha ! ! Terima kasih kerana membaca blog aku.. Jangan lupa comment sikit ek, bagi yang positive la....



p/s :  Orang memang boleh judge kita 'cakap besar ke ', 'bajet berani ke' or what so ever pun, tapi diorang tak tahu apa yang ada dalam hati kita ini. Diorang nampak yang zahir bukan yang batin. Just, let it be.. Yang penting kita percayakan Allah s.w.t. Allah yang akan lindungi kita. Percayalah... Jangan memohon pertolongan selain dari-Nya.





XOXO,
Iqbal Rosly

Saturday, 9 February 2013

Welcome MRSM Tumpat To My Life : Excelluxury Sdn. Bhd

            Bismillahirrahmannirahim

            Assalamualaikum semua... Untuk post kali ini aku nak bercerita tentang episodes hidup ku di MRSM Tumpat, the most precious and spectacular school I ever been there. Ceewwah ! !

           Excelluxury Sdn. Bhd ? ? ? Apa ni ? ? Inilah nama syarikat Program Usahawan Muda ( PUM ) kami di MRSM Tumpat and aku adalah salah seorang ahli PUM..Sounds good, right ! Well, I know..huhuhu,blushing sekejap.. Bangga rasa menjadi ahli PUM di maktab kami. Syarikat kami ini merupakan syarikat kedua di maktab. Syarikat yang first diterajui oleh budak-budak first batch PMR 2012, PUM 2010/2011..Kami ni PUM 2011/2012. Apa bezanya, kami yang lebih hebat ! Jualan paling laris, pengurusan stok yang paling cekap, and banyaklah...Ceh ! Banyak kenangan manis and pahit yang terukir di sana.  Kena marah dengan Cikgu Rhyna tu, perkara biasa bagi kami.. Hehehehe !!

           Jawatan aku dalam PUM ini sebagai Pengurus Pentadbiran Syarikat sama taraf dengan Chief Administrative Officer ( CAO ). Alaa... macam setiausaha syarikat lah.. Maybe.... Aku dapat jawatan ini pun disebabkan ada berlaku satu konflik... JENG, JENG, JENG ! Macam drama berseri, gituh ! ! Ceritanya bermula begini.....

          Selepas aku dan 4 orang ahli PUM 2011/2012 iaitu Faruq, Faiz, Wani, Amalina balik dari Konvensyen PUM di MRSM Kuala Krai, berlaku sedikit kemerosotan syarikat kami. Ada masalah yang berlaku, waktu kitorang pergi MRSM Kuala Krai.. perhaps... Sebenarnya, kitorang PUM 2011/2012, 4 orang ni pergi sana juga just tolong-tolong PUM 2010/2011 saja. Kasihan, budak-budak kan.. Hehehe.. jangan marah !! Huh, berbalik pada cerita tadi, Faruq ( CEO Syarikat ) nak buat meeting tergempar PUM, untuk bincang semula susun atur perjalanan syarikat kami. Waktu itu, aku belum jadi CAO , ahli biasa saja.. Pada malam kejadian di kelas kosong, kami 25 orang ahli PUM bincang semula organisasi syarikat.. Blablablablabla... Tiba-tiba, ada berlaku sedikit pertengkaran pasal jawatan CAO ni. Aku waktu tu, buat bodoh saja, tak nak campur. Then, jadi bergaduh besar pula antara 2 orang ahli ( nama dirahsiakan ), gaduh mulut saja... Aku pun, " Woi, woi, woi ! ! Dah lah ! " Itu saja aku cakap, aku takut sebenarnya dengan sorang cik adik PUM tu.. Hehehehe ! Senang cerita, jawatan CAO itu ditukarkan ke orang lain dan akhirnya dapat kat aku.. Huh ? ? ? Kenapa aku ? ? But, alhamdulillah, aku pun terima walaupun bibir sexy ku ini  mengatakan ' TAK NAK '.. Ceh !! TAK NAK KONON !... Siapa yang tak nak ! Dapat markah tinggi kot untuk kokurikulum !Walauapapun, Jawatan ini tinggi juga and banyak tanggungjawabnya.. Aku kena rela berkorban masa, tenaga, kerja sekolah and banyak lagi... And aku sahut cabaran itu ! Yeah ! !


Ain, tengah buat waffle !
Tok imam, Salah and Hafiz. Hehehehe


The gorgeous, Fadil. Tukang buat air mosha !

            Habis cerita konflik....Nak tanya korang semua, apa pendapat korang semua dengan nama syarikat kitorang semua. Excelluxury ? ? Awesome kan?? Yeah, I know it.... Mana dapat idea ini pun, aku lupa.. Rasanya, ada kena mengena dengan biskut Luxury... Aku pun lupa lah, siapa pencetus idea itu.. Kepada, pemberi idea ini, terima kasih banyak-banyak eh ... Sorry, tak ingat nama anda. Pada mulanya, banyak cadangan untuk nama syarikat kami ini. Antara nya :

  • GAGA Holding. ( Aku yang cadangkan. Pelik kan ?? Ala, sebab waktu itu, aku memang taksub dengan Lady Gaga. Semua benda aku nak samakan dengan Lady Gaga. GAGA itu, stand for G : glamour, A: akauntibiliti, G : global, A : achievement . Hebat kan ! )
  • Sri 7 Coorporation. Sebabnya...urmmm, maybe dekat dengan Pantai Sri Tujuh kat belakang maktab kami, kot ?  )
  • Carypithih Enterprise.
  • Carypitih 7 Empire Holding . Apa benda Carypitih tuh ? ? Actually, sebutan dia ' CARI PITIH ' dalam loghat kelate, 'cari duit '.. Hahahaha..lawak rasa.. So, nak nampak lagi komersial, si pencadang tambahkan 'y' and gabung sedikit idea orang lain..Jadilah, Carypitih 7 Empire Holding.Cuba korang semua sebut ' Carypitih 7 Empire' dengan slang Britain.. Baru mantap ! ! !  Menyembur-nyembur air liur !  Huhuhuhu !
  • And finally, we decided to take ' EXCELLUXURY ' as our company name. Alhamdulillah...

             Aku ingat lagi, waktu mesyuarat agung PUM, kat kiosk kitaorang. Waktu itu, hujan selebat-lebatnya, aku datang lewat sebab pada waktu itu aku tengah berlatih choral speaking untuk Language Week Peringkat Maktab. Miss Ara ( ni bukan cikgu ek, student ! ) yang kendalikan choral speaking itu. Aku nak minta izin dia, tapi takut lah... Kasihan dia, berlatih lama-lama.. But, nak tak nak, aku kena juga... And, finally dia benarkan aku. Alhamdulillah, dia tak lah garang seperti mana aku sangka... Sampai kat kiosk dengan baju and seluar basah kuyup, semua orang dah habis belajar buat air mosha. Aku pun, terpinga-pinga.. Huh ? ? Apa dah berkalu ? ?. Then, pemilihan Pengurus Besar. Faruq and aku dicalonkan. Actually, Jana yang cadangkan aku, sebab dia kata, dia cuma tahu nama aku sorang saja.. Hehe, bangga rasa. Al maklumlah, waktu pemilihan PUM 2011/2012, aku sorang saja lelaki yang datang. Terkejut aku waktu masuk kat PSP, aku tersilap masuk ke ni ? PUM ni untuk perempuan saja ke ? ? Mana lelaki lain ? ? Aku siap tanya Cikgu Rhyna, PUM ni untuk perempuan saja ke ? ? Hahahaha ! Well, actually lelaki lain tak nak masuk, maybe disebabkan  rumours dari ' senior' kitaorang ( Budak Form 2 2011) kata cikgu Rhyna ini , garang kot.. Setahu aku lah.. Lah, itu saja ke. 

            And finally, jawatan CEO jatuh ke Faruq ! Alhamdulillah... Kalau aku, memang tak layak lah. Ceh !


            Banyak kenangan kitorang bersama. Honestly, aku rindu korang semua especially Cikgu Rhyna and Cikgu Nuar.. Cikgu Rhyna lah, yang paling aku rindu, rindu kena marah, kena bebel and banyak lah. Heehehehehe ! Cikgu Nuar, okay saja .. Rasa macam kawan kalau bersama dengan dia, friendly maybe sebab dia muda lagi kot... Aku ingat lagi waktu aku bersembang dengan cikgu Nuar, Fikri, Jana, Emiliana, and Faruq sampai 2 pagi kat MRSM KKB. Banyak cerita kitorang share, cerita itu, cerita ini... I miss that moment !

            Benda yang aku tak boleh lupa sampai sekarang, yang masih segar dalam ingatan aku, PETI SEJUK AIS AIS KRIM ! Inilah, satu-satu kesalahan besar yang pernah aku buat. Hehehehe ! Tapi KKK. ( Kesilapan dan Kesalahan diKecualikan ). Aku tak sengaja buat ! Ala.. aku just ter-tutup suis peti sejuk ais krim tu saja. Sorry......Ekoran kejadian ini, habis punah KESELURUHAN ais cream dalam peti ais tu ! WHAT ! ! Aku menggigil bila dapat tahu benda itu ! Siapa punya kerja ini ? ! Akulah ! ! Nak jawab apa dengan ahli PUM semua and cikgu-cikgu nanti.. Habislah Iqbal ! ! Sebenarnya,ceritanya, kitorang kena bersihkan kiosk kitorang. Al maklumlah, kitorang nak jaga standard katakan. Aku ambil tugas membersihkan peti sejuk ais krim. So, dalam tu, ais-ais sangat banyak and tebal. Nak cepatkan kerja, aku pun tutup suis supaya ais cepat cair.....sampai aku lupa nak switch on peti sejuk itu.. Aku tak tahu berapa kerugian yang kitorang alami disebabkan aku.. Pengajarannya, biar lambat, asalkan selamat... 
             
          Walauapapun, waktu meeting Ahli Lembaga Pengarah , Cikgu Rhyna tak marah pun.... Syukur.... Dia cakap," benda nak jadi,tak leh wat apa-apa pun. so benda dah lepas, biarlah lepas. Jangan cuai lagi lepas ini tau. "dalam loghat kelate.... Lega rasa, but rasa bersalah kat ahli PUM masih ada lagi. Kepada ahli-ahli PUM ku, aku minta maaf banyak-banyak ek.. Minta halal apa yang aku telah buat.. Minta maaf ek, sedangkan nabi pun mengampunkan umat.. Hehehe...











                    Pernah aku sekali naik angin bila kena push dengan cikgu. Kalau ikutkan, bukan aku sorang kena marah, ramai juga.. But, aku ni, tiba-tiba saja naik angin... Aku tak dapat kawal. Tapi takde lah sampai mengamuk angkat meja, angkat kerusi, gituh ! Suara saja... Cikgu Rhyna marah aku sebab laporan aku tak tercalon sebagai Pengurus Pentadbiran Terbaik.  Dia membebellah, aku pun...... " Ishh, saya tahu lah ! Tak payah lah nak cakap gitu... "...  Suasana diam, aku pun teruskan kerja aku taip laporan-laporan lain, tiba-tiba air mataku mengalir.. Bukan berjurai-jurai ek. Sangat jarang aku jadi begini..Maybe, cikgu marah sebab dia nak kan yang terbaik untuk kitorang semua.. Aku ini..... Kepada cikgu, minta maaf ek, I didn't mean it.. Jana pun, pujuk aku.. " Dah la, Iqbal ! Sabar jelah... Aku pun sokmo keno maroh denge cikgu... Mu, buat tak tau jah denge gapo cikgu oyak.."  Then, tengah aku menaip, cikgu Rhyna try pujuk aku, " Hah! Cantik pun laporan awok. Gini cikgu nak ! "  Aku diam saja... Kalau aku marah tak lama, sekejap saja.. Tapi, tahap marah aku memang berisiko kepada sesiapa yang mencetuskannya...

                           AHLI LEMBAGA PENGARAH  :

Faruq ( CEO )
     
Nani (Pengurus Pemasaran)


Jana ( Pengurus Pengeluaran )
Wani ( Pengurus Kewangan )
   

And me ! ( Pengurus Pentadbiran )
                 Okay ! Stop cerita benda pahit... Yang termanis, ofcourse lah kitaorang menang banyak awards waktu Konvensyen PUM 2012 di MRSM Pendang ! Ceh ! Banyak konon.. Aku rasa lima je kot, kalau tak silap.. Kira okay lah tu bagi maktab baru seperti kami, first time kot... Paling bermakna bagi aku, aku, Wani, Amalina and Irza kitaorang satu group dapat No. 2 bagi Kuiz Keusahawanan Peringkat MRSM Se-Malaysia ! Yahoo ! ! ! ! Amalina pula dapat Anugerah Peserta Kuiz Keusahawanan Terbaik ! Business Game : Produk Paling Kreatif kitaorang juga.. Yang lain aku lupalah.. Tak berapa ingat..  But Alhamdulillah....

                Ada satu penghargaan yang aku betul-betul terharu,  MRSM Se-Malaysia puji PUM kitaorang waktu maktab kitaorang jadi tuan rumah untuk Konvensyen Kepimpinan MRSM Se-Malaysia... Peramah, makanan sedap, harga berpatutan..Hehe ! Alhamdulillah...

Budak MRSM Serting bagi ! Harap-harap tuan yang menulis ini, ikhlas nya memuji kami ! Hehe ! btw. TQ !

              Banyak lagi aku nak bercerita ini sebenarnya ... But, I think setakat ini sajalah.. Lain kali ek. Insya Allah... Aku harap korang semua yang membaca, sentiasa dirahmati oleh Allah.. Insya Allah...



The Members



Faiz

Muhammad and Fadil

Fadhlir


Amalina
Aida, cun juga !
         

Wow ! Irza
Hafiz. layan gapo tuh ??
       

Emiliana
 


Exco Pengurusan Kewangan

Exco Pengurusan Pentadbiran. Group akulah paling hebat !



Persiapan jualan untuk Hari Pendaftaran Pelajar


Zul Arif and Rabbani ( Badan Wakil Penyibuk a.k.a BWP )
Hehehe ~




















                                   





Basri and Eqmar


           


p/s : Sebenarnya, aku nak jadi BWP. Tapi, bila dah jadi PUM, rasa lagi seronok pula.. Hehehe.. Btw, ahli kami menjadi 27 orang selepas Fikri, Aliff, and Azeid masuk. Dan ada sorang ahli PUM dipecat.



       
XOXO,
Iqbal Rosly


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...