Amazing Google+ Followers

Saturday, 9 February 2013

Welcome MRSM Tumpat To My Life : Excelluxury Sdn. Bhd

            Bismillahirrahmannirahim

            Assalamualaikum semua... Untuk post kali ini aku nak bercerita tentang episodes hidup ku di MRSM Tumpat, the most precious and spectacular school I ever been there. Ceewwah ! !

           Excelluxury Sdn. Bhd ? ? ? Apa ni ? ? Inilah nama syarikat Program Usahawan Muda ( PUM ) kami di MRSM Tumpat and aku adalah salah seorang ahli PUM..Sounds good, right ! Well, I know..huhuhu,blushing sekejap.. Bangga rasa menjadi ahli PUM di maktab kami. Syarikat kami ini merupakan syarikat kedua di maktab. Syarikat yang first diterajui oleh budak-budak first batch PMR 2012, PUM 2010/2011..Kami ni PUM 2011/2012. Apa bezanya, kami yang lebih hebat ! Jualan paling laris, pengurusan stok yang paling cekap, and banyaklah...Ceh ! Banyak kenangan manis and pahit yang terukir di sana.  Kena marah dengan Cikgu Rhyna tu, perkara biasa bagi kami.. Hehehehe !!

           Jawatan aku dalam PUM ini sebagai Pengurus Pentadbiran Syarikat sama taraf dengan Chief Administrative Officer ( CAO ). Alaa... macam setiausaha syarikat lah.. Maybe.... Aku dapat jawatan ini pun disebabkan ada berlaku satu konflik... JENG, JENG, JENG ! Macam drama berseri, gituh ! ! Ceritanya bermula begini.....

          Selepas aku dan 4 orang ahli PUM 2011/2012 iaitu Faruq, Faiz, Wani, Amalina balik dari Konvensyen PUM di MRSM Kuala Krai, berlaku sedikit kemerosotan syarikat kami. Ada masalah yang berlaku, waktu kitorang pergi MRSM Kuala Krai.. perhaps... Sebenarnya, kitorang PUM 2011/2012, 4 orang ni pergi sana juga just tolong-tolong PUM 2010/2011 saja. Kasihan, budak-budak kan.. Hehehe.. jangan marah !! Huh, berbalik pada cerita tadi, Faruq ( CEO Syarikat ) nak buat meeting tergempar PUM, untuk bincang semula susun atur perjalanan syarikat kami. Waktu itu, aku belum jadi CAO , ahli biasa saja.. Pada malam kejadian di kelas kosong, kami 25 orang ahli PUM bincang semula organisasi syarikat.. Blablablablabla... Tiba-tiba, ada berlaku sedikit pertengkaran pasal jawatan CAO ni. Aku waktu tu, buat bodoh saja, tak nak campur. Then, jadi bergaduh besar pula antara 2 orang ahli ( nama dirahsiakan ), gaduh mulut saja... Aku pun, " Woi, woi, woi ! ! Dah lah ! " Itu saja aku cakap, aku takut sebenarnya dengan sorang cik adik PUM tu.. Hehehehe ! Senang cerita, jawatan CAO itu ditukarkan ke orang lain dan akhirnya dapat kat aku.. Huh ? ? ? Kenapa aku ? ? But, alhamdulillah, aku pun terima walaupun bibir sexy ku ini  mengatakan ' TAK NAK '.. Ceh !! TAK NAK KONON !... Siapa yang tak nak ! Dapat markah tinggi kot untuk kokurikulum !Walauapapun, Jawatan ini tinggi juga and banyak tanggungjawabnya.. Aku kena rela berkorban masa, tenaga, kerja sekolah and banyak lagi... And aku sahut cabaran itu ! Yeah ! !


Ain, tengah buat waffle !
Tok imam, Salah and Hafiz. Hehehehe


The gorgeous, Fadil. Tukang buat air mosha !

            Habis cerita konflik....Nak tanya korang semua, apa pendapat korang semua dengan nama syarikat kitorang semua. Excelluxury ? ? Awesome kan?? Yeah, I know it.... Mana dapat idea ini pun, aku lupa.. Rasanya, ada kena mengena dengan biskut Luxury... Aku pun lupa lah, siapa pencetus idea itu.. Kepada, pemberi idea ini, terima kasih banyak-banyak eh ... Sorry, tak ingat nama anda. Pada mulanya, banyak cadangan untuk nama syarikat kami ini. Antara nya :

  • GAGA Holding. ( Aku yang cadangkan. Pelik kan ?? Ala, sebab waktu itu, aku memang taksub dengan Lady Gaga. Semua benda aku nak samakan dengan Lady Gaga. GAGA itu, stand for G : glamour, A: akauntibiliti, G : global, A : achievement . Hebat kan ! )
  • Sri 7 Coorporation. Sebabnya...urmmm, maybe dekat dengan Pantai Sri Tujuh kat belakang maktab kami, kot ?  )
  • Carypithih Enterprise.
  • Carypitih 7 Empire Holding . Apa benda Carypitih tuh ? ? Actually, sebutan dia ' CARI PITIH ' dalam loghat kelate, 'cari duit '.. Hahahaha..lawak rasa.. So, nak nampak lagi komersial, si pencadang tambahkan 'y' and gabung sedikit idea orang lain..Jadilah, Carypitih 7 Empire Holding.Cuba korang semua sebut ' Carypitih 7 Empire' dengan slang Britain.. Baru mantap ! ! !  Menyembur-nyembur air liur !  Huhuhuhu !
  • And finally, we decided to take ' EXCELLUXURY ' as our company name. Alhamdulillah...

             Aku ingat lagi, waktu mesyuarat agung PUM, kat kiosk kitaorang. Waktu itu, hujan selebat-lebatnya, aku datang lewat sebab pada waktu itu aku tengah berlatih choral speaking untuk Language Week Peringkat Maktab. Miss Ara ( ni bukan cikgu ek, student ! ) yang kendalikan choral speaking itu. Aku nak minta izin dia, tapi takut lah... Kasihan dia, berlatih lama-lama.. But, nak tak nak, aku kena juga... And, finally dia benarkan aku. Alhamdulillah, dia tak lah garang seperti mana aku sangka... Sampai kat kiosk dengan baju and seluar basah kuyup, semua orang dah habis belajar buat air mosha. Aku pun, terpinga-pinga.. Huh ? ? Apa dah berkalu ? ?. Then, pemilihan Pengurus Besar. Faruq and aku dicalonkan. Actually, Jana yang cadangkan aku, sebab dia kata, dia cuma tahu nama aku sorang saja.. Hehe, bangga rasa. Al maklumlah, waktu pemilihan PUM 2011/2012, aku sorang saja lelaki yang datang. Terkejut aku waktu masuk kat PSP, aku tersilap masuk ke ni ? PUM ni untuk perempuan saja ke ? ? Mana lelaki lain ? ? Aku siap tanya Cikgu Rhyna, PUM ni untuk perempuan saja ke ? ? Hahahaha ! Well, actually lelaki lain tak nak masuk, maybe disebabkan  rumours dari ' senior' kitaorang ( Budak Form 2 2011) kata cikgu Rhyna ini , garang kot.. Setahu aku lah.. Lah, itu saja ke. 

            And finally, jawatan CEO jatuh ke Faruq ! Alhamdulillah... Kalau aku, memang tak layak lah. Ceh !


            Banyak kenangan kitorang bersama. Honestly, aku rindu korang semua especially Cikgu Rhyna and Cikgu Nuar.. Cikgu Rhyna lah, yang paling aku rindu, rindu kena marah, kena bebel and banyak lah. Heehehehehe ! Cikgu Nuar, okay saja .. Rasa macam kawan kalau bersama dengan dia, friendly maybe sebab dia muda lagi kot... Aku ingat lagi waktu aku bersembang dengan cikgu Nuar, Fikri, Jana, Emiliana, and Faruq sampai 2 pagi kat MRSM KKB. Banyak cerita kitorang share, cerita itu, cerita ini... I miss that moment !

            Benda yang aku tak boleh lupa sampai sekarang, yang masih segar dalam ingatan aku, PETI SEJUK AIS AIS KRIM ! Inilah, satu-satu kesalahan besar yang pernah aku buat. Hehehehe ! Tapi KKK. ( Kesilapan dan Kesalahan diKecualikan ). Aku tak sengaja buat ! Ala.. aku just ter-tutup suis peti sejuk ais krim tu saja. Sorry......Ekoran kejadian ini, habis punah KESELURUHAN ais cream dalam peti ais tu ! WHAT ! ! Aku menggigil bila dapat tahu benda itu ! Siapa punya kerja ini ? ! Akulah ! ! Nak jawab apa dengan ahli PUM semua and cikgu-cikgu nanti.. Habislah Iqbal ! ! Sebenarnya,ceritanya, kitorang kena bersihkan kiosk kitorang. Al maklumlah, kitorang nak jaga standard katakan. Aku ambil tugas membersihkan peti sejuk ais krim. So, dalam tu, ais-ais sangat banyak and tebal. Nak cepatkan kerja, aku pun tutup suis supaya ais cepat cair.....sampai aku lupa nak switch on peti sejuk itu.. Aku tak tahu berapa kerugian yang kitorang alami disebabkan aku.. Pengajarannya, biar lambat, asalkan selamat... 
             
          Walauapapun, waktu meeting Ahli Lembaga Pengarah , Cikgu Rhyna tak marah pun.... Syukur.... Dia cakap," benda nak jadi,tak leh wat apa-apa pun. so benda dah lepas, biarlah lepas. Jangan cuai lagi lepas ini tau. "dalam loghat kelate.... Lega rasa, but rasa bersalah kat ahli PUM masih ada lagi. Kepada ahli-ahli PUM ku, aku minta maaf banyak-banyak ek.. Minta halal apa yang aku telah buat.. Minta maaf ek, sedangkan nabi pun mengampunkan umat.. Hehehe...











                    Pernah aku sekali naik angin bila kena push dengan cikgu. Kalau ikutkan, bukan aku sorang kena marah, ramai juga.. But, aku ni, tiba-tiba saja naik angin... Aku tak dapat kawal. Tapi takde lah sampai mengamuk angkat meja, angkat kerusi, gituh ! Suara saja... Cikgu Rhyna marah aku sebab laporan aku tak tercalon sebagai Pengurus Pentadbiran Terbaik.  Dia membebellah, aku pun...... " Ishh, saya tahu lah ! Tak payah lah nak cakap gitu... "...  Suasana diam, aku pun teruskan kerja aku taip laporan-laporan lain, tiba-tiba air mataku mengalir.. Bukan berjurai-jurai ek. Sangat jarang aku jadi begini..Maybe, cikgu marah sebab dia nak kan yang terbaik untuk kitorang semua.. Aku ini..... Kepada cikgu, minta maaf ek, I didn't mean it.. Jana pun, pujuk aku.. " Dah la, Iqbal ! Sabar jelah... Aku pun sokmo keno maroh denge cikgu... Mu, buat tak tau jah denge gapo cikgu oyak.."  Then, tengah aku menaip, cikgu Rhyna try pujuk aku, " Hah! Cantik pun laporan awok. Gini cikgu nak ! "  Aku diam saja... Kalau aku marah tak lama, sekejap saja.. Tapi, tahap marah aku memang berisiko kepada sesiapa yang mencetuskannya...

                           AHLI LEMBAGA PENGARAH  :

Faruq ( CEO )
     
Nani (Pengurus Pemasaran)


Jana ( Pengurus Pengeluaran )
Wani ( Pengurus Kewangan )
   

And me ! ( Pengurus Pentadbiran )
                 Okay ! Stop cerita benda pahit... Yang termanis, ofcourse lah kitaorang menang banyak awards waktu Konvensyen PUM 2012 di MRSM Pendang ! Ceh ! Banyak konon.. Aku rasa lima je kot, kalau tak silap.. Kira okay lah tu bagi maktab baru seperti kami, first time kot... Paling bermakna bagi aku, aku, Wani, Amalina and Irza kitaorang satu group dapat No. 2 bagi Kuiz Keusahawanan Peringkat MRSM Se-Malaysia ! Yahoo ! ! ! ! Amalina pula dapat Anugerah Peserta Kuiz Keusahawanan Terbaik ! Business Game : Produk Paling Kreatif kitaorang juga.. Yang lain aku lupalah.. Tak berapa ingat..  But Alhamdulillah....

                Ada satu penghargaan yang aku betul-betul terharu,  MRSM Se-Malaysia puji PUM kitaorang waktu maktab kitaorang jadi tuan rumah untuk Konvensyen Kepimpinan MRSM Se-Malaysia... Peramah, makanan sedap, harga berpatutan..Hehe ! Alhamdulillah...

Budak MRSM Serting bagi ! Harap-harap tuan yang menulis ini, ikhlas nya memuji kami ! Hehe ! btw. TQ !

              Banyak lagi aku nak bercerita ini sebenarnya ... But, I think setakat ini sajalah.. Lain kali ek. Insya Allah... Aku harap korang semua yang membaca, sentiasa dirahmati oleh Allah.. Insya Allah...



The Members



Faiz

Muhammad and Fadil

Fadhlir


Amalina
Aida, cun juga !
         

Wow ! Irza
Hafiz. layan gapo tuh ??
       

Emiliana
 


Exco Pengurusan Kewangan

Exco Pengurusan Pentadbiran. Group akulah paling hebat !



Persiapan jualan untuk Hari Pendaftaran Pelajar


Zul Arif and Rabbani ( Badan Wakil Penyibuk a.k.a BWP )
Hehehe ~




















                                   





Basri and Eqmar


           


p/s : Sebenarnya, aku nak jadi BWP. Tapi, bila dah jadi PUM, rasa lagi seronok pula.. Hehehe.. Btw, ahli kami menjadi 27 orang selepas Fikri, Aliff, and Azeid masuk. Dan ada sorang ahli PUM dipecat.



       
XOXO,
Iqbal Rosly


7 comments:

  1. wah terbaiklah !! hehe aku suka part yang budak serting tu puji hehe .. gambar wanie puna ada .. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you ! ! Keep reading my blog !

      Delete
  2. waahahahaha. best baca. walaupun seriously aku langsung tak berminat nak tahu apa kerja PUM (jahat kan aku?) thanks sebab ada nama aku. cait terasa aku macam garang gila, Miss Ara? haha. kau ni memang taw, Lady Gaga betul <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome ! Btw, thanks sebab baca teratak blog aku ni !

      Delete
  3. aq tag mu joinla . *tak paksa

    http://pandamatalebam.blogspot.com/2013/02/segmen-upkan-follower-by-hana.html

    ReplyDelete
  4. Salam..Saya alumni mrsm kkb n taiping 04-08..Boleh saya dapatkan contact number/email ahli pum/koperasi yang masih aktif untuk berbincang projek

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam, minta maaf ek sbb baru balas message ni. baru perasan ada message. ni email saya - iq_roze@yahoo.com . kalu nak bincang apa2, email saya... tq!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...