Amazing Google+ Followers

Tuesday, 30 April 2013

Welcome MRSM Tumpat To My Life : The SPM 2012 Result !


                   
                  Bismillahirrahmannirrahim

                 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua…

                 Episode  Welcome MRSM To My Life kali ini aku nak cerita pasal, journey aku ke maktabku tercinta untuk mengambil result SPM ! Yeah ! ! Apasal, mesti korang pelik.. Dah lama begini, baru nak cerita.. Hahahaha ! Suka hati la… Aku saja je tulis lambat-lambat, nak mengimbas kembali kenangan yang terputik dulu…

                Aku datang ke Negeri Cik Siti Wan Kembang ni sehari awal sebelum result (20 Mac 2013 ), almaklum lah nak jumpa member-member yang sudah lama tidak kutemu kan.. Rindu giler kot ! Kiteorang lepak-lepak dulu, spend time jalan sama-sama. Kalau datang time hari result ( 21 Mac 2013 ) mesti tak sempat nak lepak-lepak dulu kan.. So, kitaorang guna masa sehari tu untuk ENJOY ! ! OK, dah melalut dah aku ni… Aku pergi ke Kelantan tu bukan seorang diri ( ingat aku berani sangat pergi sorang-sorang  ), aku, Nizam, and Aina.. Kita 3 orang ni lah yang berpakat sama-samanya, naik train sama-sama, jalan sama-sama, tapi tidur tak lah sama-sama, Hahahaha ! Ko giler ! Aina tidur rumah Amalin dengan Mas.. Aku dan Nizam tidur kat resort bersama-sama dengan Basri, Muin, Fikri, Barr, and Aiman Rafiuddin.

                  Before sampai kat Kelantan, dalam train tu , aku sempat jumpa member-member satu Batch kitaorang.. Aku jumpa Amin Harun, Syafiq Suparman ( Dia tak perasan aku tapi aku perasan dia, maybe aku HOT sangat kot.. sampai dia tak cam ! Kehkehkehkehkeh ! ! ), jumpa Ihsan Soberi.. Dah macam reunion kecil-kecilan pulak rasa.. Huhuhu.. Dapat juga mengubat rindu giler kepada member-member lama ! Diorang semua tak banyak berubah dari segi luaran, aku sorang je kot yang berubah.. Hahahaha.. Perasan !

                  Dan untuk maklumat korang semua, aku naik train tu bukan ada SEAT tau tak.. Penat aku berdiri selama 4-5 jam.. Ceh ! Berdiri lah sangat..  Lenguh teramat sangat kaki ku yang sexy dan panjang ni.. Hurm, hanya Allah saja yang tau ! Aku takde tempat duduk tu bukan sebab takde tiket.. Tiket aku pukul 3.20 pagi, tapi ditunda pukul 6.00 pagi… Hah ! Amik kau ! Giler ke nak naik pukul 6.00 pagi, nanti sampai lewat punya lah… So, aku pun naik train yang pukul 4.00 pagi punya bersama Aina and Nizam.. Sedih….  Tiket diorang pukul 4.00 pagi punya, aku je yang mengada sangat nak beli yang awal,kononnya  NAK LAWAN SIAPA DATANG PALING CEPAT .. Tengoklah, terlebih excited, perancangan tak jadi.. Hurm, tak pe la.. Maybe ada hikmahnya Allah nak tunjuk kan.. Perancangan Allah adalah yang terbaik ! Aku terima je la walaupun terpaksa berdiri dan duduk atas lantai.. Tapi Nizam pun kasihan kat aku, dia pun bagi aku duduk sekejap-sekejap kat seat dia.. Gilir-gilir.. Aina pun sama.. Terharu dapat kawan-kawan macam ni, caring toward his or her friend… I LOVE BOTH OF YOU ! ! Muaxx !

                   Cuba korang bayangkan aku duduk atas lantai kat lorong-lorong dalam train. Dengan orang pandang-pandang kat aku, lipas-lipas kecil melilau mencari tempat tidur, train bergegar-gegar.. Tak dapat tidur tau tak ! huurmmm...  Aku ni dah la Lady Gege, The Sexy Lips ( Syiqin bagi gelaran ni kat aku ), tak layak kot duduk atas lantai, jatuh martabat aku tau tak !.. Hahahaha, ceh ! Tak sedor diri !.. Sedih kan, kasihan kan, sadis kan.. Dan berbagai-bagai jenis  mak nenek perasan terukir… Dalam kepala otak aku time tu, aku terfikir, adakah ini petanda result aku …………………………………. Astaghfirullah hal azim… Haish, setan punya kerja ni lah… Jangan berfikiran begini tau tak  ! Percaya kat Allah, insya Allah, Allah akan tolong…


Suasana di dalam train. Nampak pak cik pakai kopiah tu ? Dia tengah edarkan Surah Al Fatihah and bacaan tahiyyat akhir solat. Bagus niat pak cik ni... Dia minta semua passengers fahami maksud surah and tahiyyat. Insya Allah.








                   Alhamdulillah,akhirnya kitaorang sampai lah kat negeri Kelantan, stesen Wakaf Bharu, dalam pukul 8.20 pagi la… Awal lagi kot ! And kitaorang terjumpa Fatin Aklili juga kat stesen Wakaf Bharu.. Tak sangka jumpa lagi sorang member… Kitaorang apa lagi, menggila lah kat stesen tu ( depan TOILET pada hal waktu tu ) ! Kahkahkahkahkah !  Macam tak jumpa berpuluh-puluh tahun tau tak… Then, aku, Nizam, and Aina teruskan perjalanan ke Kota Bharu.. Aku dan Nizam pergi jumpa Basri, Muin, Fikri, Barr and Aiman Rafiuddin, while Aina with Mas and Amalin… Kitaorang semua berjumpa kat KB Mall.. Almaklumlah, KB Mall tu lah satu-satu nya tempat anak-anak remaja nak lepak,nak main bowlinglah , nak main snokerlah, and more..KATA NYA LAH ..Kalau kat KL, banyak lah tempat nak lepak… Kat Kota Bharu tu, tempat mana lagi korang nak lepak.. TESCO?  Pavillion? Mydin Mall ? KB Mall tu lah satu-satu port popular, KATA NYA LAH ! Kahkahkahkahkah ! ! Jangan marah ek, anak-anak jati Kelate ! Kawe ni pandai mengomen jah ( Huduh bena aku kecek kelate ni ! )

Cilok dari FB Basri... Teka kitaorang kat mana ? Indon ?


                  Lepas mengelilingi KB Mall yang POPULAR tu, kitaorang pun pergi ke resort kitaorang kat Tumpat, dekat je dengan maktab kitaorang.. Nama chalet tu, Senangin Resort.. Kalau sesiapa yang nak bercuti kat Kelantan, bolehlah stay kat resort ni.. Not bad la, Wi- Fi ada, Astro ada ( Tapi tak cukup channels tau tak ! ! ),and swimming pool ada..Walaupun ada kurangnya.. Tapi tak pe, kita redah je…. Lepas kitaorang check-in kat resort tu, rehat-rehat sekejap,petang tu, kitaorang pun pergi ke maktab kitaorang untuk jumpa cikgu-cikgu and adik-adik junior.. Saja je.. Rindu kot… Dah ada la perubahan sikit-sikit kat maktab kitaorang.. Nampaklah MRSM taraf IGCSE kata kan…. Yang aku nak jumpanya, Asri and Hazwan ( Tapi Hazwan dah pindah ke MRSM Langkawi sebab result PMR dia gempak kan ) ! ! Asri- ‘ Anak Ikan ‘ merangkap Kuli Batak aku, Basri, Muez, Ariffan, and Fikri ( sementara lah ).. Hahahaha ! Jangan marah Asri, main-main je..



The Super Divas : Basri and Fikri




Meet Amjad ! Our next ' Anak Ikan' .. Hehehe ! Ilmu kami diwarisi ... Jangan marah Amjad, :P

Time for catwalk !








                   Kitaorang ( Aku, Nizam, Basri, Muin,Fikri,  Barr, Aiman Rafiuddin, Asri and Amjad ) pun berjalan-jalan mengelilingi maktab, pergi kafe ( tender dah tukar ), jumpa Ustazah Wardah ( sebab Fikri yang ajak Ustazah keluar ), jumpa Cikgu Zaki, Cikgu Yoe dan  Cikgu Ashar ( tengah nak main tenis ), Cikgu Fadil, and Kaunselor Cikgu Joe.. Junior-junior semua  pandang kitaorang semua, terasa macam ARTIS gituuuh ! ! Kitaorang just senyum-senyum je la, ala macam artis cat-walk atas red carpet kan.. Hahahaha.. Tapi ada je junior yang tegur kitaorang.. Ni bagus ! !

                   Malamnya.. Lepas solat Maghrib, Basri, Muin, Barr and Aiman Rafiuddin pergi semula kat maktab.. Nak jumpa kaunselor katanya..  Aku, Fikri and Nizam just stayed in the resort.. Aku tak nak  ikut diorang sebab kaki aku lenguh sangat, almaklumlah berdiri lama sangat dalam train kan… Walaupun aku tak ikut diorang, aku dapat sembang-sembang dengan Fikri lama-lama, banyak cerita kitaorang sembangkan.. Dah lama giler kot kitaorang tak bersembang sejak dia dapat masuk kolej awal sikit ( budak SPC ni ! ). Dalam  pukul 10 lebih, baru diorang balik dari maktab.. Kata sekejap je nak pergi, tapi lama bukan main.. Sempat aku tidur sekejap.. Hehehehe… Then, kitaorang pun pergi makan malam kat Pantai Sri Tujuh. Time tu juga ada macam carnival kat sana, so lepas makan,  kitaorang pergi usha carnival tu.. By the way, kitaorang jumpa Nik Mer and Cikgu Syazwan kot… Perkara yang tak dapat kulupakan,  kitaorang  MENGGILA DI TEMPAT AWAM, perkara biasa bagi diriku and Basri… Kat carnival tu la… Waktu tu, diorang pasang lagu-lagu kelate, kelantan kan popular dengan lagu-lagu pop nya.. Salah satu nya, urrm.. aku tak berapa ingat tapi bunyi dia camni.. “ Ahh, aduh, aduh, abe ! Saket sengoti…….”  Lain, “ Sok, sok, sok, tubik masuuuk…. Ahh, ahh, ahh…….”  Lupa la liriknya.. By the way, semua ni bukan lagu 18 SX ek.. Hahahaha !… Tapi lagu yang paling gempak sekali, TINO JATE STYLE ! Hahahahhaaha ! Aku tak leh lupa, aku and Basri terkinja-kinja depan orang ramai tengah-tengah malam buta tu… Hehehehehe ! Bila diingat balik, malu rasanya.. Tapi, ada ku kisah ! Hee !








Gini lah suasana nya.. Boleh bayang kan tak?


                       21 Mac 2013, tarikh keramat bagi calon SPM 2012.. Ambil result ! ! ! Sekali lagi, kitaorang datang ke maktab dengan awalnya, pada jam 8.00 pagi.. Amboi, excited giler.. Bukan aku yang excitednya, aku lagi lah nak pergi lewat-lewat.. Tapi perut diorang semua lapar, so diorang semua nak pergi makan kat kafe maktab.. Haishh, tunggu je la lapar tu, bukan mati pun tak makan sarapan.. Hehehehe !  Aku pun, ikut je la walaupun hati berat nak pergi…..


Aku tak tahu kenapa rambut aku serabai camtu.. Btw, that's Miss Anouk, an ETA MRSM Tumpat.  Aku tanya dia, reti tak kecek Malay, then dia jawab dengan accent Britishnya, " Sikit-sikit la.."  Haha ! Well, at least, she tried to speak in Malay. Well done !



Fikri pakai cermin mata Muez.. LOL ! Basri tengah menangis tu....




                       Pukul 10.00 pagi, dewan MRSM Tumpat, mulai penuh.. Ramai yang datang dengan rupa and style baru, aku pun apa kurang nya . Ceh ! Sebelum semua pelajar ambil result, kitaorang semua kena langsaikan hutang-piutang dulu, dobi ke, yuran ke, or what so ever, langsaikan dulu.  Kalau tak buat, no result ! Alhamdulillah, aku takde hutang kat maktab ! Debaran makin terasa.. Dup, dap, dup, dap,… Mata ku mula start banjir walaupun belum lagi ambil result. … Aku ni walaupun jenis GILA-GILA sikit, tapi bila aku debar TERAMAT SANGAT memang cepat emo.. Apa korang ! Korang ingat laki tak boleh nangis ! ! Eleh….. Biarlah ! Yang aku risau nya result BM aku, maybe certain of you tak kisah sangat result BM, huurm, nanti aku ceritakan pasal BM dalam  post aku seterusnya, ‘ Aku dan BM ‘. Okey !




                     Then, dalam pukul 11 lebih, result kitaorang semua ditampal di papan kenyataan kat dewan.. Budak-budak semua berebut tengok, aku pun join sekali… Aku pun cari, manalah nama aku… Cari punya cari, belum tampal lagi.. Haish, sabar je la…. Time tu juga la, dengar budak menjerit la, menangis la, no emotion la and banyak la, it’s difficult to describe ! Aku pun terus kan usaha cari nama aku.. Then, ……….


                     Alhamdulillah, syukur sangat-sangat ! Result aku ok lah walaupun tak straight A’s.. Tapi dalam kategori cemerlang.. Huhuhuhu ! Dan BM aku dapat A ! ! ! Alhamdulillah, macam tak percaya tau tak.. Korang mesti pelik kan, apasal aku happy sangat BM dapat A.. Nanti aku cerita kan… Hehehehe ! Lepas ambil result je, ada yang terus lesap, ada stay lama-lama kejap.. Aku pula tanya orang ni, tanya orang tu, dapat berapa … Hahaha ! Excited kan….

Ceramah dari UniKL and MARA...

Students yang dapat Straight A's.... Actually, 19 orang tapi ada yang dah blah...








Honestly, I'm proud of you Muin, Akmal, Aliff and Fieqa !







Nizam, Ibu, Madam  Noora @ Roslily ( Pengetua MRSM Tumpat), and me ! Muka lepas melalak tu...



Jana and I . Aku tak leh blah tengok muka aku sendiri.. Hahahahaha !




                     Yang aku terkilan sikitnya, lepas je ambil result, semua member aku cepat-cepat nak balik.. Basri, Muin, Fikri, Muez, Ariffan, Asri,dan  Akmal Syafiq, tak sempat nak menggila sekejap.. Haishh, tak pe la… Aku pun redha je la diorang pergi.. Sedih tu ada la sebab baru je jumpa dah nak BLAH… Then, aku, Nizam, Aiman Rafiuddin, and Fieqa pergi bilik guru.. Aku and Fieqa memang rancang nak pergi bilik guru, jumpa Cikgu Napisah yang disayangi ! Kitaorang pun sembang-sembang sampai lah pukul 3 petang lebih..

                     Hurm, aku rasa setakat ni sajalah episode aku kali ini. Dah panjang sangat ni, takut korang semua bosan pula. Sebenarnya, banyak lagi aku nak tulis, tapi dah panjang sangat ni, lain kali ek.. Lepas je jumpa cikgu, aku and Nizam pun pergi stesen kereta api Tumpat untuk balik, then pergi makan-makan dengan Suza and Anis Izzaty di tepi sungai.. By the way, Aina tak balik sekali dengan kitaorang, dia balik lewat sikit, katanya nak celebrate kat rumah Teha kat Terengganu.. Urm, suka hati dia lah.. Celebrate tak ajak ! Aku ok je nak stay lama-lama.. Hehehe ! Ok ! Stop sini lah.. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi baca cerita aku yang panjang berjela ni.. Minta maaf kalau ada terkasar bahasa ek.. Aku harap korang semua sentiasa dirahmati Allah, insya Allah !


Halfis, dengan kamera baru nya..

Amir John dengan adiknya.. Belakang tu, Suza, tengah calling gewe nya.. Hehehe!







Aku dengan Aliff...


p/s : Semua ni tinggal kenangan, rasa hiba je tinggalkan diorang.. BTW, Bilalah cerita kartun aku nak siap.... Syiqin tengah tunggu tu.. Nanti kempunan pula dia... Hehehe !







XOXO,
Iqbal Rosly


Monday, 22 April 2013

Da'i Pendakwah Milenia Musim Pertama ! !


                     Bismillahirrahmannirrahim...

                     Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera...

                     Bertemu kita sekali lagi dalam blog aku... Hari ni aku nak cerita apa ek ? Aku boring sebenarnya, tak tahu nak tulis apa... Hahahahaha ! By the way, siapa yang tengok Da'i Pendakwah Milenia dekat TV3, Sabtu lepas.. Tengok ? Tengok ? Tengok ? Siapa yang tengok, alhamdulillah.. Yang tak tengok, tidak apa-apa, tak salah pun, tapi pakat tengok kat tonton.com.semula.  Search jer, Da'i, nanti keluarlah ia... Sebenarnya, aku suka dan minat program realiti yang berbentuk ilmiah yang padat dengan manfaat dan informasi untuk segenap manusia.. Cewwah ! ! Program-program begini yang kita perlu ketengahkan dan ambil serius.. Bukan nak kata program realiti lain yang berbentuk hiburan, tak bagus.. Tapi kurangkan.. Buatlah untuk kebaikan dunia dan akhirat. Heee, ini just pandangan aku je..

                      Aku nak ucapkan tahniah kepada Da'i Adibah Rozain yang telah menjadi Juara Da'i Pendakwah Milenia Musim Pertama.. Alhamdulillah.... Memang aku nanti-nantikan... Azam Al-Kankari dan Hadhari pun not bad juga, tapi aku tetap sokong kak Adibah !  What I like about her is, beliau petah bercakap, spontan ke hafal ke, aku suka... Cara penyampaian dia pun berkesan dengan analogi-analogi nya yang cukup kreatif... Beliau juga tengah belajar TESL kan... Wah ! Ini membuktikan bahawa walaupun tak mengambil jurusan agama pun tapi beliau mampu setanding dengan finalists yang ada selok-belok jurusan agama. Tahniah diucapkan ! Tepuk tangan semua ! ! ........ Aku ingat lagi, waktu Kak Adibah tersingkir, I was just like " ................ " Betul ke ? Takkan lah.... Hurm, nak buat macam mana, redha saja lah, bak kata Azam Al- Kankari, " Menang tak perlu gembira, kalah tak perlu kecewa.. " Betul kan ? Kehkehkehkeh ! Betulkan aku kalau silap... Dalam kepala otak aku time tu, nampak gayanya lelaki akan menang pertandingan ni. Maybe Azam Al-Kankari or Che Faizal.. Itu firasat aku lah... Alhamdulillah, lepas 2 minggu tersingkir, akhirnya  Kak Adibah kembali jua  bertanding dalam Da'i. Yeah ! ! Aku happy teramat sangat..


Cilok dari Facebook..


                      Apa yang aku suka time episode finalnya, mula saja siaran, program dimulakan dengan alunan Qasidah, Ya Hanana,  dari UNIC dan adik-adik mana entah ... Hehehehe !  Sedap dan merdu dengar sampai menusuk kalbu ... Betul !   Anyway, cantik kot Nurul Syuhada  Nurul Ain time tu, she looks stunning waktu tu.... Ustaz Zafran dan Hilmi pun handsome juga... Huhuhu !  


Cilok kat Google..


 
                      Walaupun aku tak berada di sana secara live, tapi aku dapat merasai bahang kemuncak dan aura-aura positif dari sana..Ceewwaah ! Aku kat depan TV je waktu tu.. LOL ! Ayat je lebih, bagi power sikit !

                     Huurm, aku rasa setakat ini sajalah cerita aku...Korang semua janganlah boring dengan cerita aku kali ini, ek ? Terima kasih banyak-banyak sebab sudi membaca...  Aku harap program realiti seperti ni akan diteruskan sampai bila-bila.. Program yang baik dan bermanfaat harus  diteruskan supaya bakat anak-anak muda Malaysia dapat ditonjolkan dan diketengahkan untuk menjadi da'i ! Sesiapa pun boleh jadi da'i tapi dunia sekarang ini, kita memerlukan someone untuk jadi role model atau ikon bagi menarik minat anak-anak muda ke arah pembentukan akidah dan akhlak terpuji untuk dunia dan akhirat. Dan Da'i zaman milenia  seperti inilah akan menjadi contoh atau role model untuk generasi muda, tua, purba dan  sudah tentu generasi sekarang... Insya Allah !  Aku pun sebenarnya teringin nak masuk program realiti ini tapi belum sampai waktu.. Ceh ! Insya Allah.. Doakan lah ya ! Jom support DA'I MUDA !



p/s : Ada satu analogi dari Kak Adibah yang aku tertarik, tapi aku lupa yang akhir  " Kalau kita nak buat agar-agar bentuk hati, kita guna acuan bentuk hati. Kalau kita nak buat bentuk doraemon,kita guna acuan doraemon. Kalau kita nak bentuk manusia........................................... " Aku lupa part akhir, kalau sesiapa yang tahu dan ingat, bagi tahu lah aku ek...










XOXO,
Iqbal Rosly


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...