Amazing Google+ Followers

Saturday, 14 June 2014

Ditipu - Scam

              Bismillahirrahmannirrahim

              Assalamualaikum ..... 
   
              Khas buat junior-junior yang baru menyambungkan pelajaran di ibu kota, KL.

1. KEJADIAN PERTAMA

                    Pada bulan Oktober 2013, aku dengan kawan-kawan aku pergi outing ke Masjid Jamek. Nak gunting rambut katanya. Hahahah!





Then, bila kitaorang tengah jalan-jalan, kitaorang diterjah 2 orang mamat 'CELCOM- celup' katanya. Diorang tengah mempromosikan SIM apa tah. Aku lupa. Aku buat dunno je kat diorang, tapi diorang tahan kitaorang juga. Hmmmm.... Mesti ada something ni...


"SIM CARD free?? "
" Bagi IC??? "
Haishh, pelik + curious ! Bila dah diasak bertalu-bertalu, akhirnya kitaorang mengalah juga. Tiba-tiba, jadi BLUR and terus bagi IC kat orang tak dikenali. Macam kena pukau tau tak and terus jadi bodoh. Hahahahaha! Takde la, aku main-main je. No pukau-pukau lah!



         
         Lepas kitaorang bagi IC kat 2 orang mamat nih, kitaorang kena isi satu borang. Kena tulis NAMA, IC, EMAIL ADDRESS and NAMA IBU. Nama ibu, what for? Curious, sumpah aku curious nih. Nak ambil balik IC, tak leh dah. Diorang dah siapkan print, kau tahu! Aku pun isi jer lah, tapi email address and nama ibu, aku tulis benda lain. Nama ibu tu, aku main hengtam je nama perempuan yang ada dalam kepala otak aku.

         Bila dah settle semua benda alah tu, kitaorang pun teruskan perjalanan  and  dalam kepala otak aku ni, boleh rasa urat biru dan merah terputus ( Jadi biul lah ). Macam something jer. Aku pun, buang terus SIM CARD harem jadaz tuh! 
          Tapi nasi sudah menjadi bubur, malang tidak berbau, cewwwah, 2 bulan selepas kejadian...




Tiba-tiba...


 AKU DIMINTA MENJELASKAN HUTANG RM 467  KOT!!! Sumpah, terkejut and rasa nak menangis, meraung-raung atas lantai. Hahahaha! Then, payment bill pun sampai, aku check-check bill tu, ada orang guna no SIM tu. Pelik, dah buang tapi ada orang guna... Haishh... Member aku yang lain pun begitu , kena bayar juga, tapi harga berbeza-beza. Aku terus terdiam....

2. KEJADIAN SETERUSNYA.

                 Lepas kena tipu dengan manusia 2 ALAM tu ( Alam Jin + Alam Manusia), aku jumpa lagi sepupu sepapat diorang kat Terminal Monorel KL Sentral. Ramai juga ek anak beranak korang! Aku nak gelarkan sepupu diorang ini dengan panggilan apa ek, hurmm, OK-lah-  Geletak. 2 kali kot aku jumpa diorang ni, 2 jate dengan 2 tino. First, Bulan Februari hari tu and Second, lepas cuti mid-sem ( Bulan March), time nak balik asrama kat PJ.

                Time nak balik asrama lah, moment yang aku  NAK terajang diorang tu. Entah kenapa berasap kepala aku time tu. Mana tak nya, dah lah kena tipu, and then, kena bayar beratus-ratus! Kasihan aku! Trauma kot ! Waktu tu, aku, Fikri and Syamira tengah berjalan nak ke stesen bas untuk balik asrama. Then, sorang TINO-bertudung ala-ala chikaro terjah kitaorang.

"Ambillah, dik. Free je ni", TINO tu.
"No, thanks" dengan tegasnya kitaorang kata.

"Free je ni, takpe ambil je..."tak henti-henti TINO tu.
Lepas tu, " TAKPELAH KAK, SAYA DAH PERNAH KENA TIPU DENGAN BENDA NI", Syamira jawab kat perempuan tu dengan nada lembut tapi sinis.

Tiba-tiba, meroyan TINO tu." TIPU ?? APA YANG TIPU-TIPUNYA !!! CUBA CITER SIKIT ! HEK ELEH !!! "

              Hah, meroyan TINO tu, uollls !!! Aku pun, menyirap dengar TINO tu cakap gituh, terus aku sound dia. "Blah-lah !!!" Rasa nak pelempang jer tau tak, tapi perempuan kot...  Then, kitaorang terus je jalan dengan cepat. Takut-takut, TINO tu bawa geng-geng dia dengan parang. Bahahahahahaha!

             Baru aku tahu, rupa-rupanya, Syamira pun mengalami masalah macam kitaorang juga. Hmmm, no wonderlah, dia berani cakap begitu. Thumbs up!

                    Pengajaran daripada apa yang berlaku,

1. Jangan mudah percaya dengan orang yang tak dikenali.

2. Jangan cepat bagi IC kat diorang. Cakap je, IC tak bawak ke, hilang ke, bukan warganegara Malaysia ke.

3. Berlakon konon-konon bisu ke, pekak ke or berlakon tak faham Bahasa Melayu.

4. Tengok diorang pakai tak uniform or name card yang DISAHKAN !!! Tapi ada je yang pakai uniform serba lengkap. Ala, benda tu boleh tempah.

5. Kalau nampak muka-muka promoters-celup ni, buat-buat bercakap dengan handphone or SELFIE!

6. Kalau diorang dah tahan korang, cakap je, nak pergi tandas ke, nak berak ke, nak kejar masa ke.

7. If diorang tahan lagi, jangan bagi IC dulu. Suruh diorang terangkan PROMOTION diorang tu dengan jelas, tidak cakap laju-laju and korang dengar je. Then, ajukan soalan-soalan yang critical thinking untuk diorang. Be wicked sikit! Alah, cakap je, ' Parents saya kerja/ Saya bekerja dengan  CELCOM, MAXIS or what ever, takde pun benda-benda camni!' Creative sikit!

8. Bila berjalan sorang tu, sentiasa berwaspada lah  and brutal sikit. Lagi senang kerja diorang kalau sendirian, samada lelaki or perempuan.

9. If berjalan beramai-ramai, lagi diorang suka. Ramai mangsa diorang! So, ingatkan diri masing-masing.

10. Target diorang adalah STUDENTS. So beware !

11. Perhaps, diorang kata diorang ejen CELCOM, MAXIS or what so ever. So, jangan mudah percaya. 50/50 lah.

12. Kalau dah terkena perangkap diorang ( Dah siap bagi IC and signature), cepat-cepat call CELCOM, or other agencies to TERMINATE THE REGISTERED ACCOUNT supaya bill tak masuk.

13. Perkara penting, TOLAK PEMBERIAN DIORANG SECARA BAIK DAN LEPARKAN 
SENYUMAN TERMANIS YANG TIDAK PERNAH DIBERI KEPADA SESIAPA. Insya Allah, lembutlah hati diorang.


Warkah buat mu, Wahai Hamba-hamba Allah Promoters-Celup sekalian,


1. Kasihanlah kat kitaorang ni, budak-budak baru belajar kenal dunia ni. 

2. Aku tak kisahlah korang ni berdaftar ke or tak sekalipun, tapi janganlah TIPU. Kata, free lah and then, tiba-tiba minta IC. Memanglah, free- for registration only. Tapi, nak menghadap bill beratus-ratus tu, korang mampu ke?Korang ingat duit ni, cop dengan  kepala lutut mak korang ke? ! 

3. Mana procedure and etika mempromosi barang korang?? Tiba-tiba tahan and halang orang tengah berjalan. 

4. Foreigners, Mat Saleh or Mamat Negro takde pula korang tahan ek. Tahu pula, kena cakap English dengan diorang. 

5. Memang salah kitaorang pun sebab senang-senang percaya korang, tapi ingatlah, buatlah satu hari nanti, anak-beranak cucu cicit korang kena macam ni juga. Kita tak tahu... 

6. Tak kasihan ke kat diri korang? Ramai orang yang teraniaya memaki-hamun korang. 

7. Tak terfikir ke, mangsa-mangsa korang tu, anak orang susah yang memerlukan duit ke, tak terfikir ke? 

8. Tak terfikir ke cara ni halal or haram?


                                                          Kini, aku terjah semula !

Thanks, Zul. Btw, amboi Kak, seluar askar. Baru balik dari Kem Wataniah?

Diorang tengah print IC budak-budak ni. Kasihan..





  • p/s: Entry ni just bagi peringatan kat semua orang. Tiada niat nak memalukan or mengaibkan sesiapa pun. Aku minta maaf banyak-banyak kepada sesiapa yang terasa. By the way, Aku dah pun buat laporan polis, laporan SKMM. Apa yang berlaku ni, atas ketentuan Allah. Muhasabah diri kita.  Berdoalah kepada Allah supaya dijauhi daripada tipu daya manusia, dunia dan syaitan. Kerana, Allah sebaik-baik Pemelihara.












               
XOXO,
Iqbal Rosly

4 comments:

  1. Wehhh aku pun sama nasib laa sial kene tipu hahaha giler ahh btw thorbaikk ahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha! takpelah, perkara dah lepas. halalkan je lah. kita pun tak tahu dia masih hidup or tak. So, let it go, let it go.. :)

      Delete
  2. apak ah ayat... ahahhaa...
    thumbs up iqbal. aku akan berjaga2 lagi lps ni.
    tapi, knp kau x pnah cite kat aku ?
    *curios baq hang *

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha! alaa.. next time aku citer. insya Allah...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...